Sate Kajang Hj Samuri


 Usahawan Sate Kajang

 
Hj Samuri & Anak-anak Enterprise Sdn Bhd adalah sebuah syarikat perkongsian yang didaftarkan pada tahun 2000. Syarikat yang mulanya beroperasi dengan menjual sate secara kecil-kecilan sejak tahun 1992, kini telah berkembang menjadi sebuah syarikat korporat yang boleh dikategorikan sebagai peneraju dalam bidang perniagaan sate secara komersial. Kini Sate Kajang Hj Samuri mempunyai 20 buah rantaian cawangan yang beroperasi sekitar Kajang, Lembah Klang, Putrajaya dan beberapa cawangan di Negeri Sembilan. Sate Kajang Hj Samuri juga merupakan pembekal sate utama kepada beberapa rangkaian hotel dan kafe terkemuka di Kuala Lumpur. 

Selain mempunyai pekerja lebih dari 500 orang pekerja, GMP (Good Manufacturing Practice) ataupun Amalan Pengilangan Baik dan pensijilan Halal akan menjanjikan pasaran yang lebih meluas melangkaui sempadan antarabangsa. Dengan perancangan yang teliti dan peningkatan prestasi yang berterusan, syarikat ini sedang mengorak langkah untuk memperluaskan lagi empayar perniagaannya. 

Pengiktirafan yang diterima dari pihak kerajaan mahupun badan swasta telah menjadi sumber inspirasi kepada syarikat ini untuk terus maju. Selain itu, keprihatinan syarikat dalam memperkenalkan sate yang sinonim makanan tradisional masyarakat Malaysia ke serata dunia juga menjadi peransang untuk menjadi lebih berdaya saing dalam menempuh dunia perniagaan yang semakin mencabar.
 

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Grocery Coupons