Ani Sup Utara

 
 
Restoran Ani Sup Utara diasaskan oleh Hasanuddin Ibrahim. Restoren ini memulakan operasi yang pertama di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 1 Julai 2003 menggunakan modal simpanan berjumlah RM125.

Pada awalnya, beliau tidak berhasrat untuk menambah cawangan tetapi melihat penerimaan yang memberangsangkan, pada awal 2004, cawangan kedua yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam dibuka. 

Sebagai pengenalan, Ani Sup Utara diuruskan oleh syarikat Little Cash (M) Sdn Bhd yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 13 Jun 2005. Bermula dengan hanya sebuah pejabat dan dapur kecil di restoran, kini Little Cash (M) Sdn Bhd mempunyai sebuah pejabat urusan dan dapur pusat yang berasingan daripada restoran yang terletak di TTDI Jaya, Shah Alam.


 


INFO:

· Restoran Ani Sup Utara memulakan operasi pada 01 Julai 2003 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor

· Hasanuddin Ibrahim dan Rohani binti Abu adalah tulang belakang dan pengasas kepada perniagaan itu

· Pada awalnya tidak bercadang untuk menambah cawangan restoran tetapi melihat kepada penerimaan pelanggan yang terlalu hebat, Hasanuddin akhirnya menambah cawangan kedua.

· Pada awal 2004, cawangan kedua yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam dibuka dan menanam wawasan untuk membina satu rangkaian restoran melayu yang terbesar di Malaysia.

· Little Cash (M) Sdn Bhd adalah syarikat yang menguruskan rangkaian restoran Anis Sup Utara dan menyasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya 100 cawangan di seluruh Malaysia menjelang 2013.

· Selain terkenal dalam negara, restoran itu bakal meneroka pasaran negara jiran, Australia dan China tidak lama lagi.

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Grocery Coupons