99 Speedmart




99 SPEED Mart Sdn Bhd adalah franchisor bagi kedai-kedai serbaneka 99 speedmart. Syarikat ini telah ditubuhkan oleh En Lee Thiam Wah yang juga Pengarah Urusan syarikat.
   
Beliau telah berjaya menubuhkan 8 pasar mini di sekitar bandar Klang, Selangor pada hujung tahun 1990an walaupun kegawatan ekonomi berlaku pada masa itu. Kejayaan ini adalah sumber kayakinan kepada En Lee dalam perkembangan perniagaan kedai sebaneka yang mempunyai potensi tinggi. 

Pada Ogos 1992, pasaraya 99 yang pertama telah di buka. Sejak tahun 1995, 7 buah lagi pasar raya yang menggunakan sistem kawalan stok dan inventori yang terkini telah dibuka di beberapa kawasan di Klang.
 
Perniagaan kesemua pasar raya ini berkembang dengan kadar 8 peratus setahun. Pada masa perniagaannya berkembang, beliau telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan barangan serbaneka.

Beliau mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap setiap perkara yang melibatkan perniagaan ini seperti layanan pelanggan, pemilihan tempat perniagaan, pentadbiran periagaan, penjualan dan promosi.
   
Ini menghasilkan rangkaian pasar raya berjenama tinggi yang dikenali penduduk Klang. Daripada pengalaman dan kejayaan En Lee dalam perniagaanini, beliau telah mengilhamkan satu konsep moden yang mempunyai segala kemudahan dan keperluan yang boleh dijalankan dengan satu kedai. 

Justeru, 99 Speed Mart Sdn Bhd telah di tubuhkan untuk mengadakan francais kedai-kedai serbaneka di seluruh Malaysia. Sembilan kedai-kedai serbaneka 99 Speed Mart Sdn Bhd telah wujud di sekitar Lembah Klang.



Konsep Perniagaan Menerusi Perniagaan Francais

Konsep kedai serbaneka 99 Speedmart telah direka untuk menawarkan kepada pengguna cara membeli belah dengan mudah, cermat dan selesa tanpa kesesakan orang ramai yang biasanya dilihat di pasar raya atau pasar raya besar. Ia juga menyediakan pelbagai jenis barangan dengan nilai yang terbaik untuk pengguna. Slogan kedai serbaneka 99 Speedmart, " Begitu Cepat Begitu Mudah " meliputi idea dan konsep kedai sebaneka 99 Speed Mart iaitu Cepat dan Mudah.

Ini kerana pengguna boleh mendapatkan barangan yang diperlukan dengan cepat serta mudah dari segi masa, wang dan penginapan.



Sumber:

http://birch.phpwebhosting.com/~majalah/mfa/articles.php?ref=159
http://www.forbes.com/global/2010/0315/entrepreneurs-malaysia-speedsmart-handicaps-king-of-mini-marts.html

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Grocery Coupons