Air Asia


 Usahawan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah



Apakah Resipi Kejayaan Tony Fernandes?

Ketika pengasasnya, Dato’ Seri Tony Fernandes, mengumumkan  impiannya untuk melancarkan perkhidmatan penerbangan tambang rendah yang pertama di rantau ini, ramai yang memandang sinis dan tidak yakin dengan impiannya itu.

Tetapi selepas 9 tahun, beliau membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil di dunia ini dan apa yang lebih menarik, modul perniagaan perkhidmatan tambang rendah AirAsia menjadi ikutan pesaing-pesaingnya seperti MAS yang menubuhkan Fireflyz, SIA yang menubuhkan Tiger Airways dan Qantas Airways yang menubuhkan Jetstar Airways.

Apakah rahsia kejayaan yang digunapakai oleh Dato’ Seri Tony Fernandes hingga berjaya meletakkan AirAsia di tahapnya sekarang? Adakah semata-mata hanya kerana tambangnya yang murah? Ataupun kerana daya penarik pramugari-pramugarinya yang beruniform merah?

Jawapannnya, tiada rahsia, yang ada hanyalah strategi bisnes yang tepat yang digunakan oleh AirAsia. Strategi bisnes AirAsia bukan sahaja terbatas pada strategi pemasaran dan poduk semata-mata tetapi ia mencakupi dari semua aspek termasuk pengurusan bisnes.

Pada tahun 2001, syarikat ini bernilai hanya RM1.00, dibebani hutang sebanyak RM40 juta, mempunyai hanya dua kapal terbang terpakai Boeing 737-300, terbang hanya ke satu destinasi, membawa 250,000 penumpang setahun dan mempunyai hanya 250 pekerja.

Namun selepas 9 tahun, AirAsia bernilai hampir RM 4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320 dan A330, terbang terus melalui lebih 130 laluan perjalanan ke 70 destinasi seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun dan kini mempunyai lebih dari 8,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Dan apa yang lebih menarik kini ia menjadi saingan syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa utama lain yang telah lama beroperasi seperti Malaysia Airlines Sistem (MAS), Singapore Airlines (SIA) dan Cathay Pacific.



 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Grocery Coupons