Nasi Lemak Antarabangsa



Nasi Lemak Antarabangsa ialah satu syarikat atau restoran francais makanan Melayu yang menyajikan makanan yang amat popular di Malaysia, iaitu nasi lemak.

1970-an

Pada tahun 1973, Puan Normi Tandoh, pengasas perniagaan Nasi Lemak Antarabangsa mengambil langkah memulakan perniagaan nasi lemak di Kampung Baru yang ketika itu merupakan kawasan perubahan orang Melayu. Bermula dengan menanak beberapa kilogram beras, perniagaannya terus berkembang dari setahun ke setahun.

1980-an

Dari menanak kira-kiri 5 kilogram beras sehari pada awal 70-an, Puan Normi perlu memasak sehingga 50 kilogram beras sehari untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin mengenali kedainya. Keenakan nasi lemak Puan Normi terus mendapat sambutan masyarakat pelbagai kaum yang membuka hati ibu kepada enam anak itu untuk menamakan gerainya Nasi Lemak Antarabangsa. Nama itu dipilih bagi menghargai seorang juruterbang MAS ketika itu yang gemar membeli nasi lemak tersebut untuk dibawa ke luar negara setiap kali dia bertugas.

1990-an

Keenakan nasi lemak Normi mula mendapat perhatian media apabila Harian Metro menjadi akhbar pertama menulis mengenai kehebatan Nasi Lemak Antarabangsa. Sejak itu, nama Nasi Lemak Antarabangsa bukan saja terus tersebar menerusi buah mulut orang ramai tetapi juga menerusi liputan media cetak dan eletronik.
Tahun 1990-an juga menyaksikan perubahan drastik dalam waktu perniagaan Puan Normi. Sejak memulakan perniagaaan pada tahun 1973, beliau mula berniaga dari pukul 6 pagi hingga sebelum tengahari. Tetapi atas permintaan para pelanggannya, pada bulan Ramadhan 1994, beliau telah mengubah waktu perniagaan dari 6 petang sehingga 10 malam yang kemudiannya dilanjutkan ke pukul 11 pagi keesokan harinya.

Alaf baru 2000

Alaf baru membawa banyak pembaharuan kepada perniagaaan Puan Normi. Namun abad ke-21 itu bermula dengan kemerosotan perniagaannya berikutan pembukaan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan menyebabkan ramai kakitangan kerajaan tidak lagi datang ke gerainya.

Namun lapan tahun memasuki alaf baru, beliau menyaksikan sendiri sesuatu yang tidak pernah diimpikannya, pembukaan sebuah restoran Nasi Lemak Antarabangsa berkonsepkan kafe. Tarikh bersejarah, 22 Disember 2008, restoran sulung Nasi Lemak Antarabangsa yang terletak di Danau Kota dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Noh bin Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

  

Sumber: Wikipedia

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Grocery Coupons